Popular Posts

27 January, 2010

Hati ku tidak seteguh karang

Dari kecil hidup ku penuh dengan ujian dan cubaan.
namun aku tabah
bagi ku, setiap ujian itu ada rahmatnya.
aku yakin, ujian yang aku terima tidak seberapa..
pasti ada insan lain yang lebih besar dugaan melanda.

Menginjak ke alam dewasa,
aku masih terus diburu
ujian demi ujian
dugaan demi dugaan
aku terus tabah
kerana aku yakin
Ujian dan dugaan yang dihadapi menunjukkan diriku termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan
oleh Allah S.W.T.
Firman Allah,maksudnya: "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Firman Allah, maksudnya:"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3tp.........

hari ini, aku mengaku
aku kalah..hati ku tidak seteguh karang
masihkah aku mampu menanggung ujian Mu

My 1st post

Hey, this is my homepage, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Here it goes.