Popular Posts

22 February, 2012

PA - Personnal Assistant (Setiausaha Pejabat)

Sebenarnya hari ini boss tak de. dah seminggu boss takde. Boring jugak kerja sebagai PA ni kan? sebab PA ni kerja dia banyak bergantung kepada Boss. Bila Boss takde, masa ni lah boleh buat kerja-kerja remeh seperti filing, rekod surat, kemas apa yang patut. Tapi kalau seminggu boss tak ada, urmmm tak kan saya nak pg mengular plak. Almaklumlah, saya ni jenis suka duduk di pejabat sahaja.
Blog? hihihihi memang tak patut time boss tak ada ni saya tulis blog. Maafkan saya ye boss. Saya nak buat apa lg, Semalam dah study sakan. bulan 3 ni start exam. Ya Allah, permudahkan urusanku. Amin.
Ramai orang tak tahu apa kerja PA.
PA ni merupakan pembantu khas. Macam saya ni, Pembantu Setiausaha Pejabat di Jabatan Kerajaan. Seronok jugak kerja PA ni. Sebab tu ramai yang jeles. hahahaha.. kenapa? diorang cakap, PA ni selalu tak ada kerja, PA ni suka mengampu boss, PA ni paling senang naik pangkat sebab duduk kat dagu boss, PA ni suka menggoda boss, PA ni orang yang tak boleh dipercayai? hhaaha..

Kamu semua tidak tahu, kadang-kadang saya kena marah dengan boss kerana saya selalu dekat dengan boss. bila orang lain buat salah, boss tak dpat nak jumpa dengan orang tu, boss marah kat saya. tak marah kat  orang tu. Kalau tak jumpa barang, boss marah kat PA. kalau boss ada masalah dengan boss atasan, PA jugak la yang kena dengar. Betul tak sahabat saya PA-PA sekelian...?
Orang juga tidak tahu, bila boss balik lambat, kami juga balik lambat. kena tunggu boss balik, baru boleh balik. Pernah saya balik jam 8 malam. Sudah la rumah 45km dr pejabat. uwaaaa mau menangis di tengah jalan. Dengan keletihan lagi. Sampai rumah, nak kejar masak untuk anak2.

Orang lagi tak tahu, saya lebihkan hal-hal kerja, hal-hal boss lebih dari hal diri saya sendiri, lebih dari hal suami saya sendiri dah lebih dari hal keluarga saya sendiri. sedihhh. Dalam kepala asyik ingat program boss, risau boss telipon masa di rumah (sudah semestinya boss saya selalu tel. tak kira masa. boleh jadi maghrib, malam, tengah malam, ataupun subuh)...setiap kali ringing (ada ringing special).. hati kecut seribu. Lama-lama PA ramai yang berpenyakit jantung.. hahahaha. Hal-hal sekolah anak, terpaksa saya abaikan. Terukkan? Terima kasih En.Suami kerana bersabar dengan saya. Kalau orang lain, tak tahu lah saya...

Orang kata PA orang yang paling tidak boleh dipercayai. Benarkah? tak semua... ada PA yang boleh dipercayai. masalahnya boss sendiri yang suka membocorkan rahsia. Bergaduh suami isteri di Pejabat. satu pejabat boleh dengar. bila semua orang tahu, PA yang disalahkan.. aishhhh..

Apa-apa hal pun saya amat suka kerja saya sebagai PA. katalah apa anda ingin kata kerana setiap kerja sebenarnya adalah satu ibadah. Apabila kita melakukan ibadah dengan sebaik mungkin insyaAllah mendpat keberkatan dari Allah S.W.T. amin..







Mencari Hala Tuju Kehidupan

Kadang-kadang, pabila duduk seorang diri, saya terfikir, apakah jalan yang saya pilih ini betul? Apakah jalan ini jalan terbaik untuk saya?
Entahlah. Jika hidup tidak berlandaskan iman, apa sahaja yang kita pilih, buruk atau baik, salah atau betul, benar atau buruk, itulah yang kita pilih. Kita tetap mengatakan itu yang betul. Jangan sesekali orang mencampuri urusan kita, kerana kita telah kata kita yang betul.
Sedangkan, itulah pengukuran tahap iman kita. sekiranya tinggi iman kita, InsyaAllah, ia akan memacu kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.
Berbalik kepada diri saya sendiri, Alhamdulillah. Mungkin sewaktu waktu dahulu saya pernah salah. Tapi berkat pembacaan dan pencarian ilmu, saya terus-terusan menyasarkan sasaran saya ke landasan yang diredhai Allah. kerana tujuan hidup ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Saya juga mendoakan sahabat-sahabat sekelian dapat mencari hala tuju kehiduapan ini untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

12 February, 2012

Blog oh Blog

Salam dan selamat pagi semua...
dah lama menyepi, kini aku update serba sikit apa yg terlintas kat dalam fikiran aku.. :) Memula aku nak citer pasal blog ni.. Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Tapi orang lain rajin update, aku setahun sekali kowt baru pandai nak update. Tapi yang lucunya pada aku, dah 2 bulan aku cari blog aku sendiri, x jumpa2. Nampak sangat tak pandai kan. hahaha.. Mujur la hari ni aku terbukak blog member, then aku try sign in. Malangnya, aku terlupa plak password. Teruk kan? Setelah cubaan demi cubaan, akhirnya, dapat la aku bukak blog sendiri nih..
Tu satu, yang satu lagi plak, pasal blog ni, dah la tak pandai nak cari blog sendiri, nak bukak blog orang tak reti, nak follow lagi la. bila orang suh follow, puas la aku cari tang mana la nak follownya. Kepada kengkawan yang aku tak follow tu, sorry lah, aku ni slow teramat sangat. Lagi pun belum banyak masa nak berjalan-jalan kat blog korang. InsyaAllah esok @ lusa, i'll try my best utk update blog, follow blog dan lain2.. assalam..