Popular Posts

22 February, 2012

PA - Personnal Assistant (Setiausaha Pejabat)

Sebenarnya hari ini boss tak de. dah seminggu boss takde. Boring jugak kerja sebagai PA ni kan? sebab PA ni kerja dia banyak bergantung kepada Boss. Bila Boss takde, masa ni lah boleh buat kerja-kerja remeh seperti filing, rekod surat, kemas apa yang patut. Tapi kalau seminggu boss tak ada, urmmm tak kan saya nak pg mengular plak. Almaklumlah, saya ni jenis suka duduk di pejabat sahaja.
Blog? hihihihi memang tak patut time boss tak ada ni saya tulis blog. Maafkan saya ye boss. Saya nak buat apa lg, Semalam dah study sakan. bulan 3 ni start exam. Ya Allah, permudahkan urusanku. Amin.
Ramai orang tak tahu apa kerja PA.
PA ni merupakan pembantu khas. Macam saya ni, Pembantu Setiausaha Pejabat di Jabatan Kerajaan. Seronok jugak kerja PA ni. Sebab tu ramai yang jeles. hahahaha.. kenapa? diorang cakap, PA ni selalu tak ada kerja, PA ni suka mengampu boss, PA ni paling senang naik pangkat sebab duduk kat dagu boss, PA ni suka menggoda boss, PA ni orang yang tak boleh dipercayai? hhaaha..

Kamu semua tidak tahu, kadang-kadang saya kena marah dengan boss kerana saya selalu dekat dengan boss. bila orang lain buat salah, boss tak dpat nak jumpa dengan orang tu, boss marah kat saya. tak marah kat  orang tu. Kalau tak jumpa barang, boss marah kat PA. kalau boss ada masalah dengan boss atasan, PA jugak la yang kena dengar. Betul tak sahabat saya PA-PA sekelian...?
Orang juga tidak tahu, bila boss balik lambat, kami juga balik lambat. kena tunggu boss balik, baru boleh balik. Pernah saya balik jam 8 malam. Sudah la rumah 45km dr pejabat. uwaaaa mau menangis di tengah jalan. Dengan keletihan lagi. Sampai rumah, nak kejar masak untuk anak2.

Orang lagi tak tahu, saya lebihkan hal-hal kerja, hal-hal boss lebih dari hal diri saya sendiri, lebih dari hal suami saya sendiri dah lebih dari hal keluarga saya sendiri. sedihhh. Dalam kepala asyik ingat program boss, risau boss telipon masa di rumah (sudah semestinya boss saya selalu tel. tak kira masa. boleh jadi maghrib, malam, tengah malam, ataupun subuh)...setiap kali ringing (ada ringing special).. hati kecut seribu. Lama-lama PA ramai yang berpenyakit jantung.. hahahaha. Hal-hal sekolah anak, terpaksa saya abaikan. Terukkan? Terima kasih En.Suami kerana bersabar dengan saya. Kalau orang lain, tak tahu lah saya...

Orang kata PA orang yang paling tidak boleh dipercayai. Benarkah? tak semua... ada PA yang boleh dipercayai. masalahnya boss sendiri yang suka membocorkan rahsia. Bergaduh suami isteri di Pejabat. satu pejabat boleh dengar. bila semua orang tahu, PA yang disalahkan.. aishhhh..

Apa-apa hal pun saya amat suka kerja saya sebagai PA. katalah apa anda ingin kata kerana setiap kerja sebenarnya adalah satu ibadah. Apabila kita melakukan ibadah dengan sebaik mungkin insyaAllah mendpat keberkatan dari Allah S.W.T. amin..







3 comments:

  1. Saya pong suka kerja saya ^_^ like like!!
    Bos saya garang.... gila kecut perut setiap kali dia kol suruh masuk bilik... hahaha! tp saya tk rapat dgn bos saya ^_^
    Entahla.... tp dia tk penah pulak kacau kalau saya bercuti dan yang pasti saya takkan tunggu dia balik dulu sbb kalau saya tunggu dia balik dulu pukul bape saya nak balik??? pagi besok??? (Beliau paling awal jam 9am dn paling lewat jam 3am) dan yang penting saya sibuk memanjang -..-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.... biarpun x rapat, tp kita selalu kecut perut bila kena panggil..takut kena marah..padahal nak suh panggil org je.. huhuhu

      Delete
  2. Hihihi...tu la..tgk boss..kalo da boss balik pagi2, buat apa nk tunggu kan..

    ReplyDelete