Popular Posts

22 February, 2012

Mencari Hala Tuju Kehidupan

Kadang-kadang, pabila duduk seorang diri, saya terfikir, apakah jalan yang saya pilih ini betul? Apakah jalan ini jalan terbaik untuk saya?
Entahlah. Jika hidup tidak berlandaskan iman, apa sahaja yang kita pilih, buruk atau baik, salah atau betul, benar atau buruk, itulah yang kita pilih. Kita tetap mengatakan itu yang betul. Jangan sesekali orang mencampuri urusan kita, kerana kita telah kata kita yang betul.
Sedangkan, itulah pengukuran tahap iman kita. sekiranya tinggi iman kita, InsyaAllah, ia akan memacu kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.
Berbalik kepada diri saya sendiri, Alhamdulillah. Mungkin sewaktu waktu dahulu saya pernah salah. Tapi berkat pembacaan dan pencarian ilmu, saya terus-terusan menyasarkan sasaran saya ke landasan yang diredhai Allah. kerana tujuan hidup ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Saya juga mendoakan sahabat-sahabat sekelian dapat mencari hala tuju kehiduapan ini untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment